Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Feb 29, 2012

Semakin Hari Semakin Montel

0 komen budak osem

Assalamualaikum.


Selepas hampir dua bulan saya menamatkan pengajian di UPSI dan duduk bersenang-lenang di rumah, barulah saya sedar yang saya semakin montel dimamah usia. Sehingga saat saya menulis entri ini, saya masih dalam proses memotivasikan diri untuk menurunkan berat badan. Haha. 


Minggu lepas saya ke Ipoh, seminggu.  Bila saya balik, perkara pertama yang terkeluar dari mulut emak, apa yang saya makan sampai jadi gemuk macam ni. Sobs. Sentap hati. Terus berkobar-kobar perasaan nak bersenamrobik. Senamrobik jelah senaman yang paling sesuai dan senang untuk saya sekarang. Rasanya. Kononnya nak mula senamrobik pagi tadi, tapi badan tak berapa nak sihat pula (alasan alasan).


Seriously i need strict diet, kurangkan makan makanan berkarborhidrat, banyakkan exercise, minum air masak, banyakkan makan buah dan sayur. Yes, i know it all. Tapi perkara paling susah adalah bila nak buat. Ada saja yang menggoda saya dari buat semua perkara di atas. Contohnya, bila nak kurangkan nasi, emak pula masak sedap-sedap. Dari sepinggan nasi dah jadi dua pinggan nasi makan tengahari. Bila nak bersenamrobik, tiba-tiba teringat nak online Facebook lima minit untuk update status, sedar-sedar dah lima jam bertapa depan laptop. 


Iklan lima saat

Jubah Abaya by Al-Junnah Collection
Make-up by Normah Makeover
Pictures courtesy Amirul


Habis tu macam mana nak kuruskan badan? Asyik dengan alasan saja. Melainkan betul-betul bertekad, kan. Bilalah saya nak bertekad ni.  Haih. Sekian saja luahan hati seorang penganggur yang semakin hari semakin montel.




Yang sedang memotivasikan diri.
Mamawuby.










Feb 24, 2012

'Kami' Suka Merajuk

1 komen budak osem


"Ruby, kami sakit kepala. Kami nak tidoq sat. Lima minit lagi, hangpa kejut kami tau!". Ayat yang selalu saya dengar yang keluar dari mulut seorang sahabat tiap malam selepas habis prep malam  tujuh tahun lalu. Sementara menunggu bacaan Al-Mulk, dia akan curi masa untuk melelapkan mata walaupun sekejap. Itu memang dah jadi rutin harian. Saya hanya menganggukkan kepala tanda setuju.  



Kadang-kadang saya akan bising juga, sebab dia kerap sangat sakit kepala tapi tak mau makan ubat. "Hang ni, aku kan dah kata makan ubat. Hang makan tak panadol  yang aku bagi tadi?". Dia akan mula tarik muncung. Lepas itu lagaknya manja seperti inginkan perhatian.  Kadang-kadang rasa meluat. Saya pula jenis yang tak reti nak berbicara manis-manis. Daripada nak cakap baik-baik, terus terhambur kata-kata yang agak kasar. 



Sepanjang perkenalan kami, memang saya tahu dia mudah merajuk. Saya pula tak pandai nak pujuk memujuk ni. Saya rasa geli. Walaupun kadang-kadang dia akan bagi hint yang dia sedang terasa dengan saya, saya akan buat-buat tak faham. Berlagak biasa. Keji. Sebab saya tahu, tak lama lepas tu, kami boleh gelak bersama. Tak sempat nak emosional lebih-lebih. Hampir sepuluh tahun bersahabat dengannya sampaikan dia dah lali merajuk tanpa dipujuk. Cepat merajuk, cepat juga sejuknya. Hehe.



Bila ada apa-apa event kat sekolah, macam parti rumah sukan ke, parti birthday ke, maka ramailah gadis-gadis ingin tampil cantik dan bergaya. Saya pun sama, tapi saya tak suka syok sendiri sorang-sorang maka dialah saya ajak. Dah macam satu kewajipan, setiap kali ada event apa-apa, dia akan saya tatariaskan. Kadang-kadang (sebenarnya selalu), saya sampai terpaksa PAKSA dia pakai baju ini, tudung gaya itu, pakai celak sikit, pakai lip balm sikit. Dia layankan saja.



Tapi adakalanya saya terlebih perhatian (sibuk mekap orang lain) dekat orang lain, dia akan mula dengan rajukannya. Rajukan yang dia rasakan tak nampak ketara, tapi ketara di mata saya. Dahi berkerut. Mulut mula mengeluarkan bunyi-bunyi comel seperti 'ish', 'haish' dan 'grr' bila tudung yang dipakai menunjukkan tanda-tanda tak menjadi. Serabai. Haha. Langkah jalannya juga makin jauh, tinggalkan saya. Hehe. Tapi bila dah lama majlis berlangsung, rajukannya akan reda dengan sendiri. Mungkin ada sistem pulih sendiri kot.



Pernah saya keluarkan kata-kata yang berbunyi lebih kurang begini kepada dia, "Weh, hang ni suka merajuk. Sikit-sikit terasa. Sikit-sikit tension." Masa ini, mood dia baik dan tak dia menjawab dalam senyuman. "Kami nak buat lagu mana, mak kami pun suka merajuk juga." Ouh, patutla.




Nor Hidayah Rahim, sakit kepala, kuat merajuk, guna 'kami' sebagai bahasa ganti diri yang tak pernah berubah sepanjang saya mengenali dia.  Dia adalah sebahagian kenangan masa lalu, semasa dan InsyaAllah masa akan datang saya. Semoga bahagia selalu, cepat bertemu jodoh, berjaya selalu tak kiralah apa yang hang buat. Jangan selalu tension-tension. *baru perasan, patutlah aku selalu sebut tension even tak tension pun sebenarnya. terpengaruh dengan Dayah agaknya.



Pesanan penaja: Novel 5 Tahun 5 Bulan dan cincin anda  sedang dijaga dengan baik. Jangan risau. (paling jahat pun aku jual cincin hang je, maklumlah emas kan tengah mahai sekarang.hehe)






Feb 23, 2012

Seorang Penganggur

2 komen budak osem

Assalamualaikum..


Jadi penganggur untuk bulan pertama memang best. Bahagia sentiasa tanpa perlu fikir perkara-perkara yang boleh menyemakkan fikiran. Tapi bila dah masuk bulan kedua, macam dah tak ada benda nak buat, buat perkara yang sama setiap hari, maka mati kutulah jawabnya. Serius bosan. Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti yang sangat membantu kepada pembesaran badan dan ketembamam pipi seperti makan tidur dan online seharian. Terus rasa tak best dalam best.


Best sebab boleh bersenang-lenang tanpa ada rasa ragu-ragu (kecuali bila emak mula bising suruh buat kerja rumah =.=") dan jadi tak best bila saiz badan yang sedia ada mengembang semakin menjadi-jadi kembangnya. Hehe. Adapun beberapa orang yang sangat prihatin terhadap saya ada bertanya tentang apa yang saya akan lakukan selepas tamat belajar? Bekerja? Tiada respon. Saya cuma punya angan-angan walaupun saya tahu dengan angan-angan kita takkan ke mana. Orang kata, angan-angan Mat Jenin. Kehkeh. Tapi saya percaya, kena ada angan-angan, baru boleh jadi cita-cita. Bila sudah ada cita-cita, barulah merangka langkah seterusnya. Tak gitu? 




Ini gambar terbaru. Saya tahu, memang tembam. Saya pasrah. Hihi (cubaan gelak comel). Mungkin inilah akibat yang saya terpaksa terima. Saya suka gambar ni sebab muka saya nampak flawless walaupun tembam.tetiba. Miahaha. Kalau secara semulajadinya, muka saya bukannya licin sangat pun, jerawat mencanak-canak, parut jerawat merata-rata, ton kulit pun tak berapa nak sekata. Mungkin ada yang kata mekap tebal, memanglah nampak flawless. Tak payah mekap tebal-tebal, natural beauty je dah cukup. Bukan tak mensyukuri nikmat Tuhan, tapi kalau anda yang berkulit flawless bolehlah cakap pakai natural beauty. Yakin je kan. Kalau yang tak berapa nak flawless ni, nak campak mana? Nak jalan pun kena tunduk je sebab kurang keyakinan diri. Kan?




Feb 9, 2012

Kegemaran Emak

3 komen budak osem

Jam dua sampai tiga petang, tiap hari Isnin sampai Khamis. Itu waktu kegemaran emak. Sinetron Putri Yang Ditukar. Waktu ni, janganlah ada yang kacau.  Bila tengah tengok sinetron, emosi semacam je. Nak-nak pulak bila adegan suspens, emak yang kat luar ni duk beremosi berlebih-lebihan. Kononnya rahsia dah nak terbongkarlah kan. Orang jahat nak culik  Amiralah. Padahal, dalam cerita tu kameraman duk zoom muka pelakon lima minit, tambah monolog dalaman lima minit. Last-last tak terbongkar pun rahsia tu. Buat penat je emosi lebih-lebih. Tapi dah itu kegemaran emak, nak kata apa lagi. Layan je lah.





Dah sebulan duk kat rumah, kadang-kadang saya terlayan jugalah sinetron ni. Tu pun kadang-kadang. Teman emak. Tapi saya lagi suka tengok sinetron emak saya di luar. Punyalah beremosi. Meriah dengan suara emak saja. Padahal tengok sorang-sorang je pun. Muahaha. Sekarang saya tahulah kenapa saya juga selalu beremosi secara berlebihan bila tengok movie/ drama korea (sinetron terkecuali). Genetik gamaknya. Hehe.



notakaki: Lagi 10 minit drama sinetron nak mula. Mak dah get ready depan televisyen. Hehe.




Feb 8, 2012

Customer Is Always Right

0 komen budak osem

Masa mula-mula kakak saya nyatakan hasrat nak buat bisnes mekap, saya adalah orang yang paling exited. Dalam kotak fikiran saya yang maha berangan ni, saya terbayang macam-macam. Eye shadow yang kaler-maler (kata ganda ni tak ada dalam kamus dewan ya adik-adik, jangan tiru), foundation yang best-best, berus yang berbulu lembut sampai rasa nak makan (over) dan macam-macam lagi seumpamanya. Boleh tumpang sekaki, boleh tumpang sekaki ... antara yang terlintas dalam fikiran. Muahaha.



Bila ada job, mekap tunang contohnya, saya akan terkedek-kedek ikut di belakang kakak.  Hehe. Pernah sekali, saya ikut kakak pergi mekap orang bertunang. Saya belajar satu perkara. Banyakkan bersabar dengan orang yang banyak cerewet. Hueh. 



Akak, letak bulu mata yang Senah (bukan nama sebenar) ni ye (sambil keluarkan bulu mata palsu sendiri dari beg)?
Akak, Senah nak letak eye shadow letak silver gold.
Akak, Senah tak suka pakai lipstik ni (terus padam lipstik yang dah siap dicalit dibibir).Sambil keluarkan lipstik yang selalu dipakai dari beg.
Dah siap mekap, pandang cermin. ambil tisu padam blusher. Lepas tu apply blusher lain sesuka hati. (lantaklah, muka awak kan)



Saya hanya bertindak sebagai pemerhati. Ingatkan hati supaya bersabar. Ini hanya ujian kecil. Nasib baik bukan saya yang tukang mekapnya. Hehe. Lagi pun, orang berbisnes kena pegang prinsip pelanggan sentiasa betul, ye dak?







silent reader

0 komen budak osem

"Macam-macam hal berlaku. Rasa macam nak terus cerita kat u. Tapi kebanyakannya dah tulis dalam blog.".....message send


one message received..."tak pe, i dah baca semua post dalam blog u"





Feb 7, 2012

Ajlaa's Wedding| Reunion Explode

0 komen budak osem

Kalau dulu masing-masing sibuk bergosip, entah siapalah yang kawen dulu. Berebut-rebut nak jadi girl pertama dalam batch nak kawen. Ada yang teruja, ada yang duk tengok saja, ada yang ambil turn. "Lepas hang kawen baru aku kawen". Yang sorang lagi balas, "Eh, apa pulak! hang kawen dulu, baru aku kawen. Pakat berebut nak kawen lambat pulak =.=". Antara sedar dan tak sedar,  Sabtu lepas saya dah menghadiri  majlis kahwin saya Aj, kawan masa sekolah menengah. Gadis pertama yang kawen dalam batch saya. 


Para gadis  termasuklah saya sendiri memang sangat teruja bila tau AJ nak kawen. Kalau ikutkan nombor, Besut (bukan nama sebenar), adalah orang yang pertama kawen dalam batch saya. Dah dapat anak dah pun. Mungkin sebab dia adalah kawan lelaki, perasaan exited tu kurang sikit. Berlainan bila AJ yang kawen, exited tu semacam sikit. Muahaha. Exited nak tengok mekap pengantin, baju pengantin, bilik pengantin, pelamin, inai pengantin, semualah. Well, biasalah. Nama pun perempuan kan.


Congratulations Aj. Semoga bahagia sampai ke syurga.



Sampai je kat rumah pengantin, terus terjah si tuan badan. Peluk-peluk cium semua. Exited jumpa kawan-kawan lama. Ada yang tak pernah jumpa lepas habis SPM lima tahun lepas, ada yang baru berjumpa..tapi still exited. Terus rasa sebak. Aiceh.




"Weyh, cepat!Ruby nak tangkap gambar.Aku nak masuk blog mamawuby!". Amboi hangpa, kalau bab nak bahan kawan nombor satu noh!.



Seriously, memang rasa teruja. Jumpa kawan-kawan, gossiping (memang tak tinggal), ingat balik nostalgia-nostalgia di Jenan. Haih.



Terkilan tak dapat jumpa lama-lama. Dahla susah nak berkumpul beramai-ramai macam ni. Kalau tak silap perkiraan, 30 orang  gadis (termasuk pengantin) yang hadir ke majlis Aj. Lelaki saya tak sure, tak sempat jeling masa di khemah makan. Eh. Esoknya, mereka berkumpul di Taiping pula. Saya tak dapat nak join reunion di Taiping keesokkannya. Jaga anak. tsk tsk.


Asyik gambar gadis-gadis cantik ja. Mana jejaka-jejakanya? Tak sempat nak bertangkap gambar dengan jejaka-jejaka hensem explode. Saya kan pemalu. Hihi. 


notakaki: Asal ke majlis orang kawen je, mesti dapat soalan cepumas,"weyh, hang bila lagi?" =.=".







Feb 1, 2012

Aktiviti Kewanitaan: Mekaping

1 komen budak osem
Kalau kecik-kecik dulu, suka main masak-masak, kahwin-kahwin, main anak patung, sekarang dah besar main mekap-mekap pula. Nampak tak naluri kewanitaan saya sangat tinggi sejak kecil? Hihi (bajet gelak comellah ni). Gelak comel baru wanita sejati, kan? Muahaha (okey kurang sikit bila dah gelak macam ni =.=")



Sebelum tamat belajar di UPSI tempoh hari, ada kenalan yang tanya  apa yang saya akan lakukan lepas ni? Ada yang jadi cikgu tuisyen, ada yang jadi cikgu ganti, ada yang masuk giatmara belajar menjahit, ada juga yang bertekad nak jadi surirumah tangga sepenuh masa. Dalam hati saya, ada tak pekerjaan yang senang dan boleh dapat buat duit dengan banyak? Okey, memang dalam mimpilah kalau nak dapat duit banyak dengan pekerjaan yang senang. Even merompak pun, kena buat rancangan detail, kena risikokan nyawa, bukan kerja yang senang juga =.=".



Disebabkan tidak ada pekerjaan yang senang dan dapat duit dengan banyak setakat ini (alasan alasan), saya isi masa lapang saya dengan mekap. Jadi assistant kakak saya yang sekarang ni buat kerja  freelance makeup artist.  Kerja-kerja saya adalah angkut box mekap beliau, jadi juri mekap beliau (komen mana yang rasa tak sesuai, kening senget ke, hidung kurang mancung ke), jadi photoG beliau dan jadi pengurus blog baru beliau (NORMAH MAKEOVER). Hueh. Pekerjaan ni, boleh saya katakan senang, tak terikat sebab ikut kakak sendiri kan. Kalau ada customer yang request nak mekap, kami pergi. Tapi duit banyak tu taklah kan. Tapi saya rasa seronok dan puas hati. Sebab ini memang minat saya. Dan sangat puas hati bila tengok customer yang dimekap tu cantik. Hihi (gelak comel lagi).



Oleh sebab saya banyak masa lapang, saya ambil peluang berguru dengan kakak sendiri. Belajar mekap sikit-sikit. Mana tau tangan keras ni boleh mekap orang jugak kan? Modelnya haruslah sifunya juga. 



Macam mana?