Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Feb 23, 2012

Seorang Penganggur


Assalamualaikum..


Jadi penganggur untuk bulan pertama memang best. Bahagia sentiasa tanpa perlu fikir perkara-perkara yang boleh menyemakkan fikiran. Tapi bila dah masuk bulan kedua, macam dah tak ada benda nak buat, buat perkara yang sama setiap hari, maka mati kutulah jawabnya. Serius bosan. Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti yang sangat membantu kepada pembesaran badan dan ketembamam pipi seperti makan tidur dan online seharian. Terus rasa tak best dalam best.


Best sebab boleh bersenang-lenang tanpa ada rasa ragu-ragu (kecuali bila emak mula bising suruh buat kerja rumah =.=") dan jadi tak best bila saiz badan yang sedia ada mengembang semakin menjadi-jadi kembangnya. Hehe. Adapun beberapa orang yang sangat prihatin terhadap saya ada bertanya tentang apa yang saya akan lakukan selepas tamat belajar? Bekerja? Tiada respon. Saya cuma punya angan-angan walaupun saya tahu dengan angan-angan kita takkan ke mana. Orang kata, angan-angan Mat Jenin. Kehkeh. Tapi saya percaya, kena ada angan-angan, baru boleh jadi cita-cita. Bila sudah ada cita-cita, barulah merangka langkah seterusnya. Tak gitu? 




Ini gambar terbaru. Saya tahu, memang tembam. Saya pasrah. Hihi (cubaan gelak comel). Mungkin inilah akibat yang saya terpaksa terima. Saya suka gambar ni sebab muka saya nampak flawless walaupun tembam.tetiba. Miahaha. Kalau secara semulajadinya, muka saya bukannya licin sangat pun, jerawat mencanak-canak, parut jerawat merata-rata, ton kulit pun tak berapa nak sekata. Mungkin ada yang kata mekap tebal, memanglah nampak flawless. Tak payah mekap tebal-tebal, natural beauty je dah cukup. Bukan tak mensyukuri nikmat Tuhan, tapi kalau anda yang berkulit flawless bolehlah cakap pakai natural beauty. Yakin je kan. Kalau yang tak berapa nak flawless ni, nak campak mana? Nak jalan pun kena tunduk je sebab kurang keyakinan diri. Kan?




2 komen budak osem:

IFA Athirah said...

kembang takpe. yg penting confident!!hehe

faiz ck said...

pewittt macam farah af.. leh kenal keee? hehe