Jam dua sampai tiga petang, tiap hari Isnin sampai Khamis. Itu waktu kegemaran emak. Sinetron Putri Yang Ditukar. Waktu ni, janganlah ada yang kacau. Bila tengah tengok sinetron, emosi semacam je. Nak-nak pulak bila adegan suspens, emak yang kat luar ni duk beremosi berlebih-lebihan. Kononnya rahsia dah nak terbongkarlah kan. Orang jahat nak culik Amiralah. Padahal, dalam cerita tu kameraman duk zoom muka pelakon lima minit, tambah monolog dalaman lima minit. Last-last tak terbongkar pun rahsia tu. Buat penat je emosi lebih-lebih. Tapi dah itu kegemaran emak, nak kata apa lagi. Layan je lah.
Dah sebulan duk kat rumah, kadang-kadang saya terlayan jugalah sinetron ni. Tu pun kadang-kadang. Teman emak. Tapi saya lagi suka tengok sinetron emak saya di luar. Punyalah beremosi. Meriah dengan suara emak saja. Padahal tengok sorang-sorang je pun. Muahaha. Sekarang saya tahulah kenapa saya juga selalu beremosi secara berlebihan bila tengok movie/ drama korea (sinetron terkecuali). Genetik gamaknya. Hehe.
notakaki: Lagi 10 minit drama sinetron nak mula. Mak dah get ready depan televisyen. Hehe.



3 komen budak osem:
sama la dengan mak saya. mak saya akan tengok sinetron ni hari2. tapi mak saya tak emosi. mak saya tengok diam2 je.. hehehe
xsuka bapa wijaya pa tah tu..hahahha
pukul 2 hingga 3 bukanlah masa yg sesuai untuk menonton tv.. hahahaha..
Post a Comment