"Ruby, kami sakit kepala. Kami nak tidoq sat. Lima minit lagi, hangpa kejut kami tau!". Ayat yang selalu saya dengar yang keluar dari mulut seorang sahabat tiap malam selepas habis prep malam tujuh tahun lalu. Sementara menunggu bacaan Al-Mulk, dia akan curi masa untuk melelapkan mata walaupun sekejap. Itu memang dah jadi rutin harian. Saya hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
Kadang-kadang saya akan bising juga, sebab dia kerap sangat sakit kepala tapi tak mau makan ubat. "Hang ni, aku kan dah kata makan ubat. Hang makan tak panadol yang aku bagi tadi?". Dia akan mula tarik muncung. Lepas itu lagaknya manja seperti inginkan perhatian. Kadang-kadang rasa meluat. Saya pula jenis yang tak reti nak berbicara manis-manis. Daripada nak cakap baik-baik, terus terhambur kata-kata yang agak kasar.
Sepanjang perkenalan kami, memang saya tahu dia mudah merajuk. Saya pula tak pandai nak pujuk memujuk ni. Saya rasa geli. Walaupun kadang-kadang dia akan bagi hint yang dia sedang terasa dengan saya, saya akan buat-buat tak faham. Berlagak biasa. Keji. Sebab saya tahu, tak lama lepas tu, kami boleh gelak bersama. Tak sempat nak emosional lebih-lebih. Hampir sepuluh tahun bersahabat dengannya sampaikan dia dah lali merajuk tanpa dipujuk. Cepat merajuk, cepat juga sejuknya. Hehe.
Bila ada apa-apa event kat sekolah, macam parti rumah sukan ke, parti birthday ke, maka ramailah gadis-gadis ingin tampil cantik dan bergaya. Saya pun sama, tapi saya tak suka syok sendiri sorang-sorang maka dialah saya ajak. Dah macam satu kewajipan, setiap kali ada event apa-apa, dia akan saya tatariaskan. Kadang-kadang (sebenarnya selalu), saya sampai terpaksa PAKSA dia pakai baju ini, tudung gaya itu, pakai celak sikit, pakai lip balm sikit. Dia layankan saja.
Tapi adakalanya saya terlebih perhatian (sibuk mekap orang lain) dekat orang lain, dia akan mula dengan rajukannya. Rajukan yang dia rasakan tak nampak ketara, tapi ketara di mata saya. Dahi berkerut. Mulut mula mengeluarkan bunyi-bunyi comel seperti 'ish', 'haish' dan 'grr' bila tudung yang dipakai menunjukkan tanda-tanda tak menjadi. Serabai. Haha. Langkah jalannya juga makin jauh, tinggalkan saya. Hehe. Tapi bila dah lama majlis berlangsung, rajukannya akan reda dengan sendiri. Mungkin ada sistem pulih sendiri kot.
Pernah saya keluarkan kata-kata yang berbunyi lebih kurang begini kepada dia, "Weh, hang ni suka merajuk. Sikit-sikit terasa. Sikit-sikit tension." Masa ini, mood dia baik dan tak dia menjawab dalam senyuman. "Kami nak buat lagu mana, mak kami pun suka merajuk juga." Ouh, patutla.

Nor Hidayah Rahim, sakit kepala, kuat merajuk, guna 'kami' sebagai bahasa ganti diri yang tak pernah berubah sepanjang saya mengenali dia. Dia adalah sebahagian kenangan masa lalu, semasa dan InsyaAllah masa akan datang saya. Semoga bahagia selalu, cepat bertemu jodoh, berjaya selalu tak kiralah apa yang hang buat. Jangan selalu tension-tension. *baru perasan, patutlah aku selalu sebut tension even tak tension pun sebenarnya. terpengaruh dengan Dayah agaknya.
Pesanan penaja: Novel 5 Tahun 5 Bulan dan cincin anda sedang dijaga dengan baik. Jangan risau. (paling jahat pun aku jual cincin hang je, maklumlah emas kan tengah mahai sekarang.hehe)

1 komen budak osem:
hahhahahahahahaha..... lawok seror!!
~silent reader =)~
Post a Comment