Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Feb 1, 2012

Aktiviti Kewanitaan: Mekaping

Kalau kecik-kecik dulu, suka main masak-masak, kahwin-kahwin, main anak patung, sekarang dah besar main mekap-mekap pula. Nampak tak naluri kewanitaan saya sangat tinggi sejak kecil? Hihi (bajet gelak comellah ni). Gelak comel baru wanita sejati, kan? Muahaha (okey kurang sikit bila dah gelak macam ni =.=")



Sebelum tamat belajar di UPSI tempoh hari, ada kenalan yang tanya  apa yang saya akan lakukan lepas ni? Ada yang jadi cikgu tuisyen, ada yang jadi cikgu ganti, ada yang masuk giatmara belajar menjahit, ada juga yang bertekad nak jadi surirumah tangga sepenuh masa. Dalam hati saya, ada tak pekerjaan yang senang dan boleh dapat buat duit dengan banyak? Okey, memang dalam mimpilah kalau nak dapat duit banyak dengan pekerjaan yang senang. Even merompak pun, kena buat rancangan detail, kena risikokan nyawa, bukan kerja yang senang juga =.=".



Disebabkan tidak ada pekerjaan yang senang dan dapat duit dengan banyak setakat ini (alasan alasan), saya isi masa lapang saya dengan mekap. Jadi assistant kakak saya yang sekarang ni buat kerja  freelance makeup artist.  Kerja-kerja saya adalah angkut box mekap beliau, jadi juri mekap beliau (komen mana yang rasa tak sesuai, kening senget ke, hidung kurang mancung ke), jadi photoG beliau dan jadi pengurus blog baru beliau (NORMAH MAKEOVER). Hueh. Pekerjaan ni, boleh saya katakan senang, tak terikat sebab ikut kakak sendiri kan. Kalau ada customer yang request nak mekap, kami pergi. Tapi duit banyak tu taklah kan. Tapi saya rasa seronok dan puas hati. Sebab ini memang minat saya. Dan sangat puas hati bila tengok customer yang dimekap tu cantik. Hihi (gelak comel lagi).



Oleh sebab saya banyak masa lapang, saya ambil peluang berguru dengan kakak sendiri. Belajar mekap sikit-sikit. Mana tau tangan keras ni boleh mekap orang jugak kan? Modelnya haruslah sifunya juga. 



Macam mana? 

1 komen budak osem:

EnciK AxixOu said...

mmg comey r owner die..heee