Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Jan 17, 2012

Jodoh Itu Rahsia Tuhan


Habis exam paper terakhir yang lalu, saya disapa seorang kenalan lama. Kebetulan mengambil exam di dewan peperiksaan yang sama. Alang-alang dah berjumpa, saya ambil kesempatan peluk cium dia. Minta maaf dan minta halal segalanya. Satu soalan wajib, b...nak kahwin bila? Kahwin  nanti jemputlah ya. Jawapan standard, InsyaAllah, ada jodoh kahwinlah saya.



Berjalan pula ke kedai makan, bertemu lagi seorang kenalan lama. Statement yang sama seperti kenalan pertama yang saya jumpa, kahwin nanti jemputlah ya. InsyaAllah kalian, kalau saya kahwin saya mesti jemput kalian. Pastinya, sila sediakan hadiah yang best-best untuk saya dan pasangan ya! Haha. 

Muka mintak pelempang. Haha

Sememangnya sekarang ni ramai rakan-rakan sebaya bakal bertukar status dan ada juga yang dah bertukar status, daripada cik kepada puan.  Ada yang sudah dirisik, ada yang bakal bertunang, ada yang dah bernikah, ada juga yang sudah selamat melahirkan bayi pertama. Eh. Saya gembira untuk teman-teman saya. Jangan ditanya bila giliran saya, jodoh pertemuan itu rahsia Tuhan. Kan?




2 komen budak osem:

PinQib said...

tsk tsk tsk..
kenapa sana sini semua orang kawen??????

faiz ck said...

nanti kawen jemput saya ye ^^