Assalamualaikum.
Secara tak rasmi, dengan ini Robiah dan rakan-rakan telah tamat pengajian yang sepatutnya selama empat tahun tapi telah dipendekkan menjadi tiga tahun setengah. Syukur Alhamdulillah. Sememangnya dah jadi tradisi, bila nak berpisah mestilah ada gathering apa-apa kan. Contoh macam dinner kat hotel ke, kat restoran-restoran yang mahal-mahal ke, trip bercuti kat pulau-pulau macam Pulau Pangkor ke T__T, tak pun family day kat Kalumpang ke. Tapi tak kisahlah kat mana-mana pun kan, janji tujuannya nak gathering sama-sama. Nak happy sama-sama. Sebab lepas ni confirm dah susah nak kumpul semua. Semua akan ada komitmen lain. Ajar tuisyen la, kena attend LDP la, kokurikulum sekolah la, kena jadi cikgu pengiring pertandingan la, tengah pregnantla, susukan anakla, anak demam la. Macam-macam lagilah alasan-alasan yang akan berbangkit. Jadi kesempatan yang ada, penuhi dengan kenangan-kenangan yang akan buat kita tersenyum nanti.
11 Januari 2012
Kalumpang Resort Training Center
Family Day Cikgu-Bio-to-be
Kami sepakat buat family day di Kalumpang sebab saya kami tak perlu keluarkan bajet lebih untuk beli baju lawa-lawa/ mekap /kasut baru untuk dinner di hotel. Haha. Bercuti di Pulau Pangkor juga sama. Kalumpang pun okey apa. Macam-macam aktiviti yang dah direncanakan oleh pihak resort.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah. Masa ni group saya menang cari gula dalam tepung. Pergh, tepung masuk dalam hidung memang terbaik.
Ada juga bowling kelapa. Lawan ikut kumpulan. Gaya je lebih, satu botol pun tak kena =.=".
Pertama kali seumur hidup saya main tarik tali. Sampai saat saya menulis entri ini badan masih sakit-sakit sebab tarik tali ni. Suzie, sedang ajar cara-cara nak pasak kaki.
Lepas ketiga-tiga acara darat, semua berkumpul nak tangkap gambar buat kenangan. Kononnya. Saya yang tak tahu apa-apa ditarik Ain Fathihah untuk bergambar. Okey, relakan saja. Tup-tup telur dengan tepung yang dibaling menggila. Saya masih blur-blur. Apa semua ni? (innocent kan saya?) Kenapa macam saya je yang kena serang. Tak adil!
Rupanya ada lagi yang kena. Kesian tengok rakan senasib. Haha. Ini cara mereka sambut birthday girls in advance. Ehem. Birthday saya bulan Januari.
Dah busuk-busuk, terjun mandi air lata yang sejuk lagi menyegarkan. Teruja!
Tenangkan diri.
Lepas lunch, solat Zohor semua. Sambung aktiviti dalam air pula. Main bola dalam air, macam bola jaring la juga, tapi yang ni tak yah jaga gerak-gerak kaki. Hehe.
Cari guli dalam air.
Pillow fight paling saya suka. Tolak sampai jatuh dalam kolam. Untuk permainan ni, saya nasihatkan cari orang yang paling kita tak puas hati. Haha.
Barbeku. Acara wajiblah kan.
Seharian bersuka ria bersama Cikgu-Bio-to-be. Sayangnya acara peluk-minta maaf- menangis tak dapat dilakukan dengan semua. Saya hanya sempat berkasih sayang dengan beberapa ahli Cikgu-Bio-to-be yang balik trip lewat saja. Ralatnya. Sobs.


0 komen budak osem:
Post a Comment