Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Dec 4, 2011

Suram. Hujan Dalam Hati



Entah kenapa sejak kebelakangan, hati cukup mudah terusik. Ditambah pula dengan bebanan kerja tuntutan tugasan sebagai pelajar tahun akhir. Fuh fuh. Memang tak tertahan rasanya. Tapi Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya berjaya tempuhi. Ketika Ain Fathihah telefon saya katakan bahawa penyelianya tak mahu menilai tesisnya minggu lepas, saya pula yang rasa cuak. Saya terbayang, apa yang saya akan lakukan kalau saya yang ada di tempatnya. Takkan nak repeat. Tambah satu semester lagi? Huish.




Rupa-rupanya saya tak perlu bersusah payah bayangkan pun tak apa, saya juga mengalami nasib yang serupa seperti Ain. Muahaha. Minggu lepas, penilai saya  juga menyampaikan hasratnya untuk tidak menilai tesis saya jika saya tak hantar hari itu juga. Beliau berikan saya dua pilihan. Mahu yang mudah atau susah?*Soalan perangkap. (Sudah tentulah saya jawab yang mudah walaupun sepatutnya jawapan yang saya berikan adalah yang susah =.=") 




MUDAH: balik rumah dan tarik selimut, tidur sampai semester depan.
SUSAH: teruskan tesis dan hantar pada beliau hari Isnin yakni esok.




Pastinya saya ambil pilihan yang susah kalau saya tau sebab tesis saya hanya tinggal muka surat untuk ditulis isi kandungannya saja.  Bukan niat saya untuk buka pekung di dada dengan ceritakan segala keburukan saya, cuma sebagai ingatan kepada diri sendiri dan mungkin juga kawan-kawan di luar sana. Sedih, memanglah. Tipulah kalau saya katakan saya tidak sedih. Tapi saya percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 




Biarkan hujan dalam hati, pasti pelangi yang menanti. Berharap.


notakaki: blog ni makin lama, makin suram pula saya rasa. asyik cerita sedih-sedih je. kesian. haha




4 komen budak osem:

Anonymous said...

memang kesian dekat hang~~hehehhe..XP

kura said...

mahu yg mudah atau susah. amik kau. hahah

.: Si BungaKopi : . said...

dahlah.jgn sedih. aku pon stress kwn2 suma dah ciap tesis, aku analisis xabis g..sakit dada. kajian tindakan pon lom ciap. mlm ni je dah print 3 asemen minor..sakit xsakit tpaksa telan.

Delaila said...

rubyyyyy, you can do it!