Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Dec 20, 2011

Lavinya Sweet Talker



Sudah berbulan saya tinggalkan SMKCFB. Sekolah praktikal saya dulu. Walaupun dah agak lama tapi ada saja perkara yang terlintas di minda saya yang membuatkan saya teringat dengan SMKCFB. Persekitaran sekolah, kecohnya bilik guru, cermin mata yang dah selamat jadi arwah dalam tandas sekolah dan paling istimewa, kenakalan pelajar-pelajar saya. 



Saya ingat lagi hari pertama mengajar kelas 4 Jujur. Kapasiti kelas seramai tiga puluh lapan orang. Semua perempuan (semestinya, nama pun sekolah convent). Suara saya seperti tersekat di halkum perempuan saya ini. Suara keluar macam hidup segan mati tak mahu. Cis. Hehe. Bila saya bercakap di hadapan, pelajar di bahagian belakang tak dengar dan mula bercakap. Saya anggap itu kelemahan saya mengawal kelas. Maklum saja, pengalaman pertama memang macam ni kan (positif sungguh fikiran, haha). Err, ke saya seorang saja begini? tak kisah, saya anggap itu satu proses pembelajaran (positif lagi. hehe).



Saya cuba kawal keagresifan mereka. Hampa. Ketua kelas 4 Jujur, Lavinya Vasudevan cepat bertindak. Dia dah macam sailormoon saya pula. Hehe. Dia tolong diamkan kawan-kawannya yang sangat talkative. Lega. Serius. Kelas dapat dikawal sampai habis waktu. Berpeluh jugalah lepas keluar dari kelas itu. Beberapa ketika, Lavinya menambah saya sebagai rakan di Facebook. Mulanya saya ingat tak mahu approve pelajar-pelajar saya. Nanti apa pula mereka fikir pasal cikgu mereka ni bila baca status-status yang entah apa-apa. Boleh salah faham (eleh. sebenarnya takut student tahu rahsia. eh!)



Lavinya, seorang ketua yang sangat bertanggungjwab dan sangat menghormati gurunya walaupun saya hanyalah seorang guru praktikal. Dia pelajar pertama yang rapat dengan saya di alam maya. Hehe. Banyak juga cerita yang dikongsi bersama. Terharu juga bila ada pelajar yang percaya dengan kita. Terima kasih. Kepercayaan itulah yang saya jadikan kekuatan untuk menghabiskan tempoh praktikal.



Hari terakhir saya di sekolah, Lavinya beri saya satu surat cinta. Sekeping kertas yang dipenuhi dengan huruf besar dan huruf besar. Mata saya yang sudah berusia dua puluh dua tahun penat untuk mengenalpasti perkataan-perkataan yang dinyatakan. Tak apa, saya cuba. Hehe. Tak sia-sia saya cuba. Isi suratnya buat saya tergelak seorang diri. Penuh dengan kenangan dan persepsi dia tentang diri saya. Baju, tudung, contact lens dan sempat lagi pesan jangan pakai cermin mata. Nampak tua katanya. Alahai.



Lavinya with Ellina. 


Wish ni untuk semua pelajar saya yang nak ambil SPM tahun depan ya! All the best in your SPM next year. Wish awal-awal. Hehe. Rindu kalian. *Peluk (baca: hugs)




1 komen budak osem:

kura said...

lavinya.. nama orang.... hehhe