Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Dec 18, 2011

Graf Kematangan


Assalamualaikum.


Hari ini Ain Fathihah Mrh telah membuat onar ke atas saya. Cis betul!  Gigih sungguh dia meneliti entri pertama saya ketika saya mula-mula terjun dalam arena blog ini. Kalau baca saja, saya tak kisah tapi kegigihan dia tak berhenti sampai setakat itu saja. Boleh pula pergi post link entri pertama saya yang 'bagus' sangat tu dekat Facebook saya. Cis sekali lagi! Haha. 


Haa..inilah budak yang telah membuat onar itu. Yang pakai shawl pink tu.


Entri pertama saya sememangnya entah apa-apa. Ejaan entah ke mana. Frasa ayat apatah lagi. Banyak pula perkataan yang diselangi dengan huruf w (saya masih remaja mentah ketika itu.haha) Bila saya baca balik entri lama, serius saya sendiri ambil masa yang lama untuk faham apa yang saya tulis. Muahaha. Mungkin inilah hakikat dewasa. Saya semakin dewasa, bahasa yang saya gunakan juga semakin dewasa. Rasanya. Sampaikan sampai satu tahap bila ada remaja yang menggunakan perkataan-perkataan eww yang saya pernah gunakan dulu, saya tak faham. Pernah juga terlintas, saya ni dah tua sangat ke sampai saya tak faham perkataan-perkataan  yang mereka gunakan. Haha.



Mula-mula saya menulis blog, niat saya hanyalah sebagai diari harian saya. Saya bebas menulis apa saja. Sebab masa itu, saya tahu tiada siapa yang tahu kewujudan blog saya. Sayalah penulis, sayalah pembaca. Saya rekodkan kenangan-kenangan saya dalam bentuk penulisan dan gambar. Sebagai rekod peribadi. Tapi sampai satu tahap, saya tahu blog tak berilmiah ini ada pembaca. Tak banyak. Tapi tetap ada. Jadi saya mula menyusun ayat-ayat yang sesuai. Supaya orang yang membaca faham apa yang saya tulis. Hehe. 



Bila saya baca entri-entri lama dalam blog ni, serius boleh buat saya ketawa sendiri. Bermonolog sendiri. Eh!aku ke yang tulis macam ni? Tak percaya dengan penulisan sendiri. Tapi hari demi hari saya boleh melihat graf kematangan saya dalam menulis semakin meningkat. Mungkin ini juga boleh jadi kayu ukur tahap kematangan diri juga.




notakaki: mesti lepas baca entri ni, ada juga manusia-manusia lain yang gigih juga cari entri pertama dalam blog ni. haha.



1 komen budak osem:

Emmet said...

wahh. entri yang bagus.. keep up the good work :D