Assalamualaikum
Saya ingatkan adegan lelaki yang mengambil gambar gadis yang dia minat secara sembunyi tanpa pengetahuan si gadis hanya berada dalam drama-drama melayu mahupun novel-novel yang saya baca. Tapi ada juga manusia sebegitu di dunia realiti. Jika dalam drama ataupun novel, adegan ini saya akan katakan "Oh sweetnya lelaki itu! Bertuahnya perempuan itu". Tapi bila perkara ini yang berlaku di dunia realiti, macam-macam kemungkinan yang negatif saya fikirkan.
Sebagai manusia biasa, saya akan berfikir kemungkinan yang negatif lebih banyak daripada yang positif apabila melibatkan hal-hal seperti ini.
Kalau si lelaki ambil gambar si gadis, apa tujuannya?
Mahu difotoshopkan jadi gambar lucah (teknologi sekarang, macam-macam boleh dibuat)
Mahu dibomohkan?
(Ya, ini mungkin kelihatan pandangan kolot bagi sesetengah orang, tapi perkara ini tidak mustahil bukan?)
Mahu ditatap setiap malam (Psiko??)
Padahal nama si gadis pun dia tak tau. Kalau sudah minat sangat, boleh saja si lelaki ini bangun dan bertanyakan nama serta menyatakan hasrat untuk berkenalan dengan si gadis/ mahu ambil gambar. Saya tidak rasa si gadis akan makan si lelaki itu. Jadilah gentleman sikit. Ini tidak, suka hati main ambil-ambil gambar si gadis.
Adalah sangat kurang ajar tindakan mengambil gambar si gadis yang tiada kaitan dengan anda. Tapi kalau nak juga ambil gambar, tak payahlah bagi kantoi! Tak cool langsung! Cis!
notakaki: kalau aku jumpa lelaki tadi, aku korek bijik mata dia, rebus lepas tu bagi ayam makan. Baru padan muka.




0 komen budak osem:
Post a Comment