Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Oct 3, 2011

Lima Sebab Kenapa Saya Suka Mendaki Bukit/Gunung

Assalamualaikum. 

Semoga yang membaca blog ini sentiasa tersenyum bahagia. Saya tahu ramai yang berkongsi minat yang sama seperti saya kan kan? Errr..ke saya je yang syok sendiri ni? Muahaha. Mungkin ada juga yang tertanya-tanya, apa la yang best sangat mendaki bukit/gunung ni? buat sakit badan adalah. Mungkin ada juga yang rasakan mendaki bukit/gunung adalah satu perkara yang sia-sia. Membuang masa saja. Banyak lagi sukan lain yang boleh kita buat. Mungkin yang mengeluarkan kata-kata seperti ini belum pernah cuba mendaki. Apa kata kalian cuba sekali, pasti nak lagi! Macam makan keropok moni! (rasa yang menawan, keropok moni!) eh eh. Jadi mari saya bagi sebab-sebab kenapa saya suka mendaki bukit/gunung. 


Dah sedia?








Pertama: Sukakan aktiviti lasak.

Sejak zaman sekolah lagi, saya bukanlah atlet rumah sukan. Selalunya saya duduk kat bahagian tepi-tepi je. Sorak bagi semangat. Hehe. Tapi saya sukakan aktiviti lasak walaupun peribadi saya ayu. Eh eh. Bila saya lakukan aktiviti seperti mendaki bukit/gunung, secara tak langsung saya sedang menguji daya ketahanan diri saya. Janganlah manja sangat adik oiii! Tengok level mana kita berada? Wah wah kemain cakap pasal level-level pula.  Maksud saya, daya ketahanan diri dari segi mental dan fizikal. Kalau fizikal je kuat tapi mental tak kuat, tak boleh tak boleh.


Kepuasan bila berjaya sampai ke puncak. Errr, yang ni belum betul-betul puncak lagi. Muahaha.



Kedua: Mendaki itu adalah seni
Amboi kemain mendaki itu adalah seni. Hehe. Seni yang takboleh digambarkan seperti tarian atau lukisan di atas kanvas putih. Sebab bagaimana cara kita mendaki dan sampai ke puncak itulah yang kita seni. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza.  


Kesenian dalam kelalangan. Eh, kenapa berpuitis sangat ni? Haish



Ketiga: Pembentukan Peribadi
Sebelum ni peribadi tak cukup mulia ke? Sampai kena mendaki bukit/gunung baru boleh membentuk peribadi? Bukan macam tu.  Secara tak langsung sebenarnya, perkara ini akan berlaku. Contohnya, semangat setiakawan. Selalu kita mendaki, bukannya mendaki sorang-sorang kan? Mesti pergi secara berjemaah.  Masa mendaki, kita tahu daya ketahanan diri kita adalah berlainan, ada yang rendah, sederhana, tinggi dan super osem. Sementara nak sampai ke puncak tu, macam-macamlah dugaan yang mendatang. Ada yang pancit, ada yang kaki cramp, ada yang nak berry tengah hutan. Hehe.  Masa inilah semangat setiakawan itu wujud dengan sendirinya. 



Buat gaya yang sama dalam gambar pun boleh dikira semangat setiakawan juga. 


Keempat: Kepuasan diri
Bila dah sampai puncak bukit/gunung satu perasaan yang tak dapat digambarkan timbul. Ewahh! Menikmati pemandangan dari atas puncak bukit/gunung dengan peluh-peluh yang memercik. Puas.  Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah.





Kelima: Bertujuan fotografi
Ini memang kegemaran sebenarnya. Sepatutnya letak sebab ini sebagai sebab yang pertama kenapa saya suka mendaki bukit/gunung. Muahaha.

feeling-feeling model lettew

Itu saja. Bye! 




3 komen budak osem:

budak kampung.. said...

sebab ke-6 & berikutnya xde da k..

kura said...

try gunung G7 lah. betul betul best okey! heheh

AiNeE k. said...

akak..try g tunjuk laut beach resort,tanjung leman,johor...kat situ memang mencabar giler..curam sangat...tp cepat sampai..& view kat atas sangat interesting la..dpt tgok jeti tanjung leman & laut yg sangat luas...turun2 je ade KFC menanti...hahahaha