Selasa yang lalu, saya dan lapan belas orang rakan saya telah membuat lawatan sambil belajar ke Genting Highlands. Lawatan yang telah dirancang dua minggu sebelum hari kejadian berjalan dengan lancar sekali. Pengarah program, Adira telah merancang dan membuat persediaan dari segi tempahan tiket dan aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan di kota keriangan itu. Kami sebagai peserta hanya pergi dengan membawa badan, kepala yang sedang stress dan duit poket untuk makan sahaja.
Permainan pertama yang dicuba;Spinning. Bolehlah sekadar untuk panas-panaskan badan sebelum cuba permainan yang lagi extreme. Riak. Masa naik benda ni, saya sempat tengok wajah toya Ain. Mungkin masih berperang dengan perasaan gayat naik kereta kabel sebelumnya. Kan Ain?
Dari kiri: Ruby (nak juga letak nama sendiri), Kak Aisyah, Kak Chel. (rasa macam muda pula, bila membahasakan diri mereka sebagai kakak.hehe)
Space shot. Beratur panjang semata-mata nak naik benda ini. Masa pertama kali ke Genting dulu, bermati-matian saya berjuang pertahankan yang saya tak mahu naik benda ni. Cuak. Tapi lain pula pada hari itu, saya pula yang exited nak naik. Haha. Masa berada di atas, sempat lagi saya berseloroh tiga saat dengan Kak Aisyah di sebelah saya. Boleh pula tengah duk gelak-gelak, benda ni jatuh serta merta. Bikin jantung saya tertinggal kat atas. Jerit jangan cakaplah. Memang jeritan batinku yang terkeluar.
Masa roller coster tengah naik macam ni, Ain di belakang saya bersuara; "Ruby, aku takut Ruby!" Saya balas dalam hati, kalau boleh aku nak turun sekarang. Menyesal pula naik. Haha. Tapi yang terkeluar dari mulut saya; "Hang cakap sembang dengan aku weyh!Aku takut." LOL.
Sungai Rejang Flume Ride.
Mula-mula naik...
Ain: Weyh Ruby, awat tak mencabar pun benda ni.
Saya: Hang tunggulah. Nanti baru tau mencabar ke tak.
Semasa sedang menaiki puncak
Ain: Aku nak turun weyh. Licin.
Saya: Hahaha. Mencabar ke tak sekarang??!!
Basah.
Dalam perjalanan untuk menaiki Flying Dragon. Tapi kecewa sebab sampai saja di sana, Flying Dragon terpaksa ditutup. Hujan. Kecewa.
Untuk mengubati kekecewaan, kami terus menuju ke tempat bot. Nak feeling-feeling romantik dengan kawan-kawan. Kekecewaan sekali lagi bila dah hampir saat giliran kami, hujan pula turun dengan lebatnya. Last-last, ada dua je aktiviti yang boleh kami buat. Makan biskut coklat...
dan
Makan maggi hot cup RM4 satu. Haha.


5 komen budak osem:
xmau p dah! haha
moshie pun baru pegi semalam. syok abiss! http://m0shie.blogspot.com/2011/10/even-esaimen-menggunung-gunung-but-stil.html
yaallahh best nyaaaa g genting. teringat dulu masa main2 kat sana.heheh.
eh, i ada update entry pasal anggapan wanita terhadap lelaki. blh x u bg pandangan ? hheheh
http://bubblechezz.blogspot.com/2011/10/monolog-dalaman.html
main benda yg kat sg rejang tu. habis lingkup satu badan den basah. heh.
Post a Comment