Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Sep 22, 2011

Semester Lapan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Sudah dua minggu kuliah bermula. Ya, semester terakhir sebagai pelajar tahun akhir sarjana muda pendidikan. Eh eh sudah super seniorlah. Maka mata-mata mula meliar mencuri pandang super junior. Amboi! Bila berjumpa rakan sekelas, rata-rata berkongsi pengalaman latihan mengajar di sekolah pilihan masing-masing. Macam-macam pengalaman dapat dikongsi bersama. Ada yang kelakar, gembira, sedih, kesian . Eh kesian? 


Apa-apa pun, setiap pengalaman itu sangatlah bermakna. Pastinya tak akan dilupakan. 


Habis cerita praktikal, debaran semester lapan dengan jadual yang padat dan perlu menyiapkan tesis mula dirasai. Mungkin inilah bahananya menangguh-nangguhkan kerja. Tak ada penyakit, cari penyakit. Padan muka untuk diri sendiri. Boo! booo Robiah!! booo.  Nampaknya dua belas minggu yang berbaki  ini perlu diisi dan disusun sebaiknya. Doakan saya. Semoga saya dapat mengharungi segala liku-liku ini. (Amboi, ayat tak boleh hebat lagi ke?Muahaha). 


Dan sudah semestinya orang-orang yang berada di sekeliling saya terutamanya roomate saya akan mengalami gangguan jiwa dan mental  kerana setiap hari terpaksa menadah telinga mendengar perkataan-perkataan seperti TENSION, STRESS dan seumpamanya terpacul dari mulut saya. Ya, saya sangat pasti. Jadi, bersiap sedialah wahai roomate!


Namun begitu, semester lapan ini juga menyaksikan  kawan-kawan sekelas yang semakin handsome bergaya, cantik dan ayu selepas berpraktikal ini. Amboi amboi.  Mungkin ini adalah satu hikmahnya mengapa kami semua keluar berpraktikal pada semester tujuh. Sekurang-kurangnya bila datang balik UPSI pada semester lapan, dapat melihat perubahan kawan-kawan. Kan kan?


Perbezaan pelajar lama dan baru. Kad matrik. Tengok kat matrik sendiri, eeewwww kuning! Tiba-tiba berselisih dengan lelaki gojes. Terpandang kad matriknya. Masih suci dan putih berseri. Terus rasa down. Terasa teramatlah kekakakan. Hehe.

Alaa, belum baligh lagi ni. Bisik kawan saya. Amboi kau!



5 komen budak osem:

cik mas said...

sama ngn cikmas gak. sem 8 dan sem akhir. tggl lagi sebulan lebih utk hbskan stdy... :)

kura said...

lepas praktikal baru nk berubah ye? amboii.. hahaha

nurul asyikin(kak chik) said...

good luck,,,,,,hehehheheh,,,,rndu zmn study...

Ninie said...

Doodle is ready! hehehe....jgn marah kalo x comel ek!

http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/5-girls-in-cardigans.html

penaberkala said...

semekom kak senior,haha
sama la kita
sem last
tak sabar rasa nk habis blajar :)