Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Sep 19, 2011

Cerita Hari Malaysia Saya



Assalamualaikum. Belum terlambat rasanya saya ucapkan selamat kembali ke universiti kepada rakan-rakan yang bergelar mahasiswa/mahasiswi dan tentunya semua orang berkobar-kobar nak masuk belajar balik selepas cuti yang sangat lama kan? (Saya terkecuali ya).  Saya? belum puas rasanya bercuti sebab cuti saya cuma dua minggu saja. Saya masih lagi beraya. Ya, jemputan rakan-rakan ke rumah mereka, saya terima dengan tangan terbuka. Hehe.

[selesai intro]

Jumaat lepas, Laiqha teman aksi lagak ngeri-peluk-cium  masa sekolah menengah buat open house di rumahnya. Dia jemput saya. Maka saya pergi. Lama saya tak bertemu dengannya. Hampir tiga tahun rasanya. Sampai saja di rumah Laiqha, tiga gadis keluar dari muka pintu. Eh, ATEH, ALIN dan LAIQHA!!!! 



Alin, me, Ateh dan Laiqha.

Bergambar dengan bendera Malaysia. Barulah semangat Hari Malaysia. Buat tabik hormat sikit. Bagus Laiqha ni, kat rumah letak bendera Malaysia. Nilai patriotisme tinggi.

Alin. Dia teman satu dorm, merangkap mummy sport Sateria (rumah sukan di Jenan dulu). Terer sukan budak ni.  Last jumpa masa reunion Ramadhan tahun lepas.

Ateh. Rakan sekelas masa form 5. Teman bergossip. Tapi masa di rumah Laiqha, tak sempat nak gossip banyak-banyak sebab semua kalut santap makanan. Tak pa, weekend nanti InsyaAllah berjumpa lagi di open house EXPLODE pula. Boleh sambung bergossip. 

Oh inilah Laiqha. Tiga tahun tak berjumpa, makin comel saya tengok dia. Kalau dulu slim, sekarang makin slim. Saya peluk dia. 'Eh, kuruihnya hang Laiqha!'. Saya dah macam seorang emak kakak sedang memeluk anak gadis adiknya. Muahaha.


Selesai makan, tambah makanan dan makan lagi. Mee kari yang emak Laiqha buat sedap. Terima kasih Laiqha & family.

*****

Selesai beraya. Masa untuk berjimba sambil menghirup udara Putrajaya pula. 


Saya kalau berjalan-jalan / berjimba tak ada Ain mesti tak lengkap rasanya. Hehe. 

****

Bodyguard Ain, Ain and me. 


Ini cerita Hari Malaysia saya. Anda bagaimana?

2 komen budak osem:

kura said...

semangat ni semangat! hahah

Rizzyanaphotography said...

auw .\hi ruby ! chumelnye awk ni .. itew suke gile tgk awk tau ! tmpt yg awk g kat bas kuning tukan , kite dh nah g dah.. ite shooting kat situ .. :) btw thnks singgah blog kite okay ? suke ttgk awk comel!