Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Dec 6, 2010

Hujung Minggu: Wedding Orang

4 komen budak osem


Hujung minggu aku pastinya dipenuhi dengan aktiviti ke majlis kenduri kahwin orang. Diri sendiri belum lagi. Oh, mungkin tak lama lagi. Mungkin juga lama. Doa-doa lah agar dipercepatkan. Ewaahhhh!!! hujung minggu lepas aku ke majlis kenduri kahwin saudara.Biasalahhh. Sekarang kan musim cuti sekolah. Asal cuti sekolah saja, mesti banyak kenduri kahwin kan? Mungkin senang nak mengumpulkan ahli keluarga, memandangkan anak-anak cuti sekolah. Kalau mak dengan apaknya boleh ambil cuti tanpa gaji. Tak kisah la kan? Err...ke kisah jugak?





Kenalah ada gambar pengantin kan? Barulah rasa macam pergi kenduri kahwin kan? Kenduri yang aku pergi ni, ada dua pasangan pengantin. Yang Si Lelaki Segak Bergaya Berbaju Silver dengan pasangan. Lagi satu pasangan pula, Si Gadis Ayu Baju kuning Keemasan, dia adik kepada Si Lelaki Segak Bergaya Berbaju Silver. (Suka hati aku je nak gelar-gelarkan orang, apa aku kisah, macamlah dia baca blog aku ni...miahaha).





Soalan hari ini: Apakah yang sedang berlaku dalam gambar di atas?
A. Budak Berbaju ungu telah merampas aiskrim gadis bershawl hijau
B. Gadis Bershawl hijau memang tengah bermurah hati bagi aiskrim tersebut kepada budak berbaju ungu.
C. Mereka berdua bahagis berkongsi ais krim
D. Reka sendiri jawapan anda :P






Ini kali pertama aku try pakai shawl gipsi ni haaaa. Aku ni tak pandai sangat nak berstyle bagai. Setakat buat siput-siput dia tergantung jadi macam subang tu aku tahulah. Eh, jangan tak tahu... Shawl gipsi aku ni siap bersiput-siput bagai. Beranak pinak siap. haha! Orang lain dah berkurun pakai shawl gipsi ni, aku baru nak try pakai. Macam tu lahhh aku...orang lain dah naik LRT, aku masih naik kereta api. Tapi nak buat macam mana kat Tanjung Malim ada stesen kereta api saja. Stesen LRT mana ada!Haha





PS: Hujung minggu ni pun busy juga.Dah macam YB pun ada. Nak kena attend majlis kenduri kahwin orang lagi. Makin bam-bam la aku.









Dec 3, 2010

Contest Gambar Paling Chill

2 komen budak osem


Contest Gambar Paling Chill, siapa nak join? Boleh tekangambar kat bawah.




Tagline: Kami bakal cikgu, tapi perangai macam penyamun!


Warna feveret: kelabu, eh pink pun suka juga tapi sekarang gila pada biru. Okey, biru muktamad.


Tag 3 orang:

Yatre Hayati
Sherry
Laiqha



Dec 1, 2010

Terjah

4 komen budak osem


Oh, aku baru habis exam. Ya, baru habis. Last paper untuk semester ini. Misi malam ni nak terjah blog kamu kamu kamu dan kamu!!!! Kalau boleh semuaaaa aku nak terjah! Gila sangap aku nak baca entri-entri yang kau buat. Sekarang bila buka blog-blog yang selalu update, memang rasa macam ketinggalan gila. Kena qada baca semuanya. Tekunkan aku? Haha. Sekarang juga aku nak p sambung sesi terjah blog orang.





Okey, bye!

Eh, ini gambar fake! Amboi-amboi....Melambai dengan penuh kesantunan. (Okey boleh boo sekarang!)




Terimalah aku yang sebenar.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
************


Macam nilah kalau muka gembira uncontrolled , maklumlah baru tamat peperiksaan.:)))