Jom Sign Up HB!!!Boleh dapat earning laju-laju!!! Tapi macam mana? KLIK sini.

Terima Kasih!!!

Mar 29, 2012

9 Gaya Menarik Bermain Boling Kelapa

2 komen budak osem
Assalamualaikum :)


Pertama: Penuh kasih sayang LOL.


Kedua: Paling bertenaga dan eksaited sekali.
\



Ketiga: Rilek je. Sebab tu nama i Mira Rilek (merujuk kepada pemain)


Keempat: Comelness, amboi amboi sampai terangkat kaki. 


Kelima: Baik kau langgar botol-botol tu, aku lesing jugak kelapa ni :D



Keenam: Tahan nafas (bukan tahan kentut tau)


Ketujuh: HAMEK kau, siapa kat depan cepat selamatkan diri masing-masing. Haha



Kelapan: Eh, ni nak menari zapin ke apa ni? =D


Kesembilan: Ehem, ini yang paling menarik kan?(angkat kening dua kali)



notakaki: bila lagi dapat main macam ni?


Mar 22, 2012

Lepas Rindu

1 komen budak osem

Assalamualaikum.


Fuh.fuh. *sapu habuk


Rasanya agak lama saya tak update blog. Ada banyak perkara yang saya nak kongsikan di sini. Tapi macam biasa, saya sibuk. Sibuk menguruskan hal peribadi yang saya rasa lebih penting dari update blog. Hehe.  Siap private lagi. Amboi. Harap-harap jangan ada yang rindu dekat tuan punya blog ni sudah. Eh, ada yang rindu?



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Dah lepas rindu, entah bila pulak nak update lagi. Haih.





Feb 29, 2012

Semakin Hari Semakin Montel

0 komen budak osem

Assalamualaikum.


Selepas hampir dua bulan saya menamatkan pengajian di UPSI dan duduk bersenang-lenang di rumah, barulah saya sedar yang saya semakin montel dimamah usia. Sehingga saat saya menulis entri ini, saya masih dalam proses memotivasikan diri untuk menurunkan berat badan. Haha. 


Minggu lepas saya ke Ipoh, seminggu.  Bila saya balik, perkara pertama yang terkeluar dari mulut emak, apa yang saya makan sampai jadi gemuk macam ni. Sobs. Sentap hati. Terus berkobar-kobar perasaan nak bersenamrobik. Senamrobik jelah senaman yang paling sesuai dan senang untuk saya sekarang. Rasanya. Kononnya nak mula senamrobik pagi tadi, tapi badan tak berapa nak sihat pula (alasan alasan).


Seriously i need strict diet, kurangkan makan makanan berkarborhidrat, banyakkan exercise, minum air masak, banyakkan makan buah dan sayur. Yes, i know it all. Tapi perkara paling susah adalah bila nak buat. Ada saja yang menggoda saya dari buat semua perkara di atas. Contohnya, bila nak kurangkan nasi, emak pula masak sedap-sedap. Dari sepinggan nasi dah jadi dua pinggan nasi makan tengahari. Bila nak bersenamrobik, tiba-tiba teringat nak online Facebook lima minit untuk update status, sedar-sedar dah lima jam bertapa depan laptop. 


Iklan lima saat

Jubah Abaya by Al-Junnah Collection
Make-up by Normah Makeover
Pictures courtesy Amirul


Habis tu macam mana nak kuruskan badan? Asyik dengan alasan saja. Melainkan betul-betul bertekad, kan. Bilalah saya nak bertekad ni.  Haih. Sekian saja luahan hati seorang penganggur yang semakin hari semakin montel.




Yang sedang memotivasikan diri.
Mamawuby.